Ketumbesaran payu dara perempuan bermula dari peringkat baligh dengan pengeluaran hormon estrogen dan progestogen. Estrogen memberi bentuk dan struktur payu dara termasuk tisu elastik yang memberi bentuk kepada payu dara dan progestogen memantapkan pundi susu dan salur pundi susu. Bentuk dan saiz payu dara dipengaruhi baka. Walau bagaimanapun terdapat situsi yang mana payu dara boleh membesar dan kadangkala dalam keadaan tidak seimbang dan ini akibat ketumbesaran sel pepundi susu yang membiak secara ketara (glandulr hyperplasia) Jika ketumbesaran payu dara ketara, kulit payu dara menjadi padat dan boleh merekah. Perkara yang sama berlaku ketika wanita itu hamil dan memberi susu badan.
Sebilangan wanita mempunyai kulit yang daya elastiknya tinggi dan tidak mudah merekah. Mengunakan bahan pelembap sedikit sebanyak dapat mengurangkan kemerekahan kulit selain memakai pakaian dalam yang dapat menampung payu dara. Pundi susu yang aktif ketika mengandung dan semasa memberi susu badan memberi isian kepada payu dara. Apabila pundi susu tidak aktif lagi dan mengecut, isian dalam payu dara kurang dan ia akan kelihatan kempis. Perkara yang sama berlaku jika isian organik (lemak, sira dan sebagainya) dimasukkan ke dalam payu dara, kecuali pundi silikon atau saline. Masalahnya ialah apabila pundi tersebut bocor atau menekan tisu payu dara dan otot dada dan mengakibatkan pundi tersebut terkelur posisi dalam payu dara! Payu dara akan kelihatan lagi hodoh! Tidak ada satu kaedah yang mana kedudukan dan bentuk payu dara itu dapat diperbetulkan mengikut kepuasan diri kecuali melalui pembedahan dengan menggunakan pundi silikon atau salin. Urutan, suntikan, silikon dan menyedut tidak dapat memantapkan payu dara. Tidak ada ubat atau herba yang kononnya dapat memberi ketumbesaran kepada payu dara. Kebanyakan herba tersebut merangsangkan hormon dan secara tidak langsung merangsangkan payu dara. Dalam keadaan terangsang payu dara akan kelihatan mantap. Itu hanya berlaku seketika saja. Perubahan yang berlaku tidak tetap!
Lakukan senaman yang dapat memantapkan otot dada dan pastikan menggunakan pakaian dalam yang selesa yang dapat menampu payu dara. Gunakan krim atau loysen pelembap. Jangan bazirkan duit menggunakan krim dan loysen mahal yang tidak memberi apa-apa manfaat kecuali merugikan pengguna. Pakaian dalam yang memberi penampuan sesuai kepada payu dara yang seelok- eloknya satu pelaburan yang bijak daripada menggunakan segala kaedah yang tidak memanfaatkan.

No comments:
Post a Comment